Friday, September 4, 2009

Blog Tinta Publishers

Dari Tinta Menjadi Ilham

Bermula dari setitis dakwat yang pekat, gelap dan jelas tersentak atas keputihan kertas.
Ia tercegat dan tuli, seketika kelihatan tidak bermakna. Sepertimana ia tiba-tiba muncul, titisan itu mula
berpusar dan mengalir hidup. Dan seolah bergerak sendiri, ia berputar, melingkar dan berpusing, dan
meluncur lurus, kemudian menjadi lembab sebentar, mirip satu titisan yang tak bertujuan.
Dalam sekelip mata, ia berdansa dan bermain pula, lagi dan lagi. Dengan perlahan tetapi pasti, koregrafi kaligrafi yang aneh ini mula menampakkan sedikit makna apabila muncul perkataan pertama. Sepatah perkataan yang membiakkan perkataan lain, mencipta sebaris ayat yang menyampaikan sebuah idea untuk menerangi dan memperkasakan manusia – ilmu. Suatu cetusan yang melahirkan dunia percetakan bahan tulisan dan bacaan, dan merintis perjalanan mencatat penulisan warisan manusia.

Dari Ilham Menjadi Ilmu

TINTA merupakan setitis dakwat. Dikembangkan melalui ilham seterusnya melahirkan manusia berilmu dan mampu mencipta idea. Kami percaya penulisan yang baik sudah pasti melalui beberapa proses penting, dan akan memastikan hanya buku yang terbaik sahaja akan dibariskan. Kami sentiasa akan mempelbagaikan aktiviti bagi mengembangkan budaya membaca di kalangan rakyat dengan hanya menerbitkan judul berkualiti dan menarik bagi memenuhi minda pembaca. Kami sentiasa mencari bahan yang berkualiti untuk memenuhi kehendak pasaran bagi melahirkan pembaca yang mantap dan berilmu.

No comments:

Post a Comment